Wednesday, June 15, 2016
Bencilah Kemaksiatan bukan Benci Orangnya
Pada suatu hari, di bulan Ramadhan, Syeikh Dr Said Ramadan al Buti berhajat ingin ke pasar. Lalu Syeikh mengenakan pakaian serba putih, berjubah dan berkopiah putih, pakaian bagi seorang ulama'. .
Ketika Syeikh berjalan ke kawasan pasar, datang lah seorang lelaki di hadapan Syeikh, yg berpakaian agak tidak sopan. Lantas lelaki tersebut mengeluarkan sebatang rokok dari poket seluarnya dan menghisap hembus asap rokoknya tepat2 di hadapan Syeikh. .
Muka Syeikh menjadi merah, api kemarahan nya mula menyala-nyala tapi tidak sempat Syeikh hendak menegur lelaki tersebut, terdetik satu perasaan di dalam hati Syeikh. .
Apakah asbab aku ingin memarahi lelaki tersebut, apakah yg menjadi kayu api yg menyemarakkan kemarahanku, adakah kerana aku benar-benar membenci kemungkaran yang lelaki itu lakukan di hadapanku, atau kerana aku berpakaian jubah dan berkopiah, lantas aku marah dengan tindak tanduk lelaki tersebut yang langsung tidak menghormati statusku sebagai seorang ulama'.Astaghfirullah...... Lalu, Syeikh pulang ke rumah dan memuhasabahkan dirinya. .
Begitulah Ulama' Rabbani, yang begitu teliti dalam setiap amalannya. Bagaimana pula dengan kita? Apakah sebab utama kita berdakwah dan menegur kesilapan orang lain, adakah kerana kita benar-benar ingin menunaikan perintah Ilahi atau ingin sekadar mementingkan kepentingan dan maruah peribadi? Perhatikanlah hati masing-masing, dan binalah niat berdakwah yang suci. .
Sayangilah mad`u anda.. Benci lah kemaksiatan yang mereka lakukan, bukan membenci kepada mereka.
Gambar Suatu ketika Dahulu As Syahid Mimbar Al Marhum, Al-‘Allamah Syaikh Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti ketika di Bumi Tarim.
____________________
Allahuma sholii alaa sayyidina muhammad wa alaa aalihi wa shohbihi wa salim ~
Related Posts:
Hikmah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar: