Friday, February 7, 2014
KETIKA IMAM HANAFI MUDA MEMBUNGKAM DAHRI SI ATEIS
Gelisah hati Khalifah Yazid ketika itu, semua ulama di Baghdad telah dibungkam dalam perdebatan melawan utusan raja Romawi.Namun Harapannya terletak pada Imam Hammad bin Abi Sulaiman Asyaari,
janji Imam Hammad yang pada mulanya menolak untuk berdebat dengan Dahri merupakan berita gembira kepada Khalifah Yazid.
Baginda juga menetapkan majlis debat itu diadakan di Masjid Baghdad supaya orang ramai dapat mengikutinya.
Imam Hammad pula berasa susah hati. Mulutnya tidak berhenti mengucapkan zikir sambil berdoa memohon petunjuk bagi menghadapi masalah yang melanda umat Islam ketika itu.
Keesokan harinya selepas solat Subuh, Imam Hammad bermuzakarah dengan anak-anak muridnya. Beliau merasa susah kerana masih belum mendapat petunjuk bagaimana cara menghadapi lelaki bernama Dahri itu.
“Malam tadi saya bermimpi berada di sebuah dusun buah-buahan yang begitu indah. Di sana saya melihat ada sebatang kayu rindang dan lebat buahnya.
Tiba-tiba muncul seekor babi lalu memakan buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu.
keseluruhan pokok itu habis kecuali batangnya. Kemudian muncul seekor harimau lalu menerkam babi itu,” kata Imam Hammad sambil menyatakan rasa peliknya mengenai mimpi itu.
“Tuan, izinkan saya menafsirkan mimpi itu,” tiba-tiba seorang pemuda berbicara.
“Dipersilakan,” kata Imam Hammad.
“Menurut tafsiran saya, dusun yang luas dan indah itu adalah agama Islam itu sendiri. Tangkai yang berbuah lebat itu adalah sekelian ulama pada hari ini. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal adalah diri tuan sendiri. babi yang menghabiskan buah2an adalah si Dahri. Harimau yang keluar membunuh khinzir itu adalah saya, maka izinkan saya untuk memadam kesombongan Dahri. InsyaAllah, saya dapat mengalahkannya,” sahut pemuda itu.
Imam Hammad gembira mendengar kata-kata anak muda yang paling disayanginya itu. Dia yakin dengan kemampuan anak muda tersebut. Maka dikhabarkanlah kepada Khalifah Yazid akan kesanggupan pemuda itu.
Pada mulanya Khalifah Yazid ragu-ragu memandangkan umurnya yang masih muda. Tetapi Imam Hammad meyakinkan baginda bahawa pemuda itu mempunyai ilmu yang tinggi. Akhirnya Khalifah Yazid menyetujuinya.
Hari yang ditetapkan telah tiba. banyak orang berkumpul di masjid Baghdad demi menyaksikan perdebatan itu. Khalifah Yazid juga telah berada di sana dengan harapan Dahri dipermalukan di tangan Imam muda dari Kufah.
Seperti majlis debat sebelumnya, Dahri bangun dan naik ke mimbar masjid kemudian dengan berucap dengan suara tinggi
“Mereka menuduh aku tidak beragama kerana tidak percaya wujudnya tuhan. Memang benar pernyataan itu. Kerana itu aku membungkam para ulama untuk berdebat dengan aku, Dahri yang bijaksana.
Maka pemuda itu bangun lalu berkata “Wahai lelaki yang sombong, orang yang tahu jawabannya pasti dapat menjawab persoalan kamu.”
Suara itu mengejutkan Dahri dan orang ramai yang berada di sana. Matanya memandang tajam ke arah anak muda tersebut.
“Anak muda yang masih hingusan, jangan ikut campur urusan orang-orang tua. Telah 40 orang ulama aku bungkam, dan aku akan permalukan semua ulama agar tunduk denganku,” saut Dahri sambil membusungkan dada.
“Wahai Dahri yang sombong dan tidak percaya tuhan, dengan izin Allah, saya akan menjawab segala pertanyaanmu kamu!” kata pemuda tersebut.
“Siapa kamu anak muda? Sedangkan ulama-ulama berserban besar, berjubah anggun sudah aku kalahkan, inikan pula pemuda hingusan!” lantang Dahri meremehkan anak muda tersebut.
“Wahai Dahri anak didik raja Romawi, bukankah raja Romawi sendiri mempercayai tuhan? Untuk apa dia menghantar kamu ke mari?” tanya pemuda tersebut.
Aku diperintahkan untuk mempermalukan ulama-ulama Islam dengan cara berdebat dengan aku. Selepas semua ulama aku bungkam, baru aku pulang. raja Romawi akan merayakan kemenangan itu dengan memakaikan mahkota di atas kepalaku,” jawab Dahri.
“Sekiranya kamu kalah, apa hukumannya?” tanya pemuda itu lagi.
“Aku tidak akan kalah kerana tiada satu pun manusia di muka bumi ini akan dapat menjawab pertanyaanku itu,” balas Dahri dengan angkuh.
“Pada hari ini, kamu akan saya kalahkan. Kamu akan menjadi hina dina saat kembalinya kamu kelak,” kata pemuda tersebut.
“Siapa nama kamu wahai anak muda?” tanya Dahri.
“Nama sebenar saya Nukman, dan saya akan berdebat dengan kamu hari ini isaksikan orang banyak termasuk Khalifah akan menyaksikannya,” jawab pemuda tersebut.
“Huh, janganlah kamu bermimpi mengalahkanku. Sedangkan mereka yang berserban malah berjubah pun telah ku kalahkan,” kata Dahri dengan angkuhnya.
“Ketahuilah Dahri, Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban dan jubah yang anggun, tetapi Dia mengurniakan kemuliaan kepada orang yang bertakwa,” kata pemuda itu sambil membacakan ayat ke 11 surah al-Mujaadalah yang berarti “Allah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu dengan beberapa darjat.”
Dahri segera menutup telinga kerana tidak suka mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
“Anak muda yang banyak omong, kamu membuat aku marah dan memaksa aku menyahut ucapanmu. Sekiranya kamu kalah, mahukah kamu menjadi budakku?” tanya Dahri dengan marah.
“Saya tidak mahu bertaruh kerana agama saya tidak membenarkannya. Tetapi sekiranya kamu kalah, mahukah kamu berjanji pulang ke negeri Romawi dan jangan menjejakkan kaki kamu ke sini lagi?” jawab pemuda itu.
“Aku setuju dengan permintaan kamu itu. Aku juga akan meminta persetujuan khalifah, sekiranya kamu kalah, kamu akan menjadi budakku ,” balas Dahri, dan debat pun bermula antara mereka.
“pertanyaanku yang pertama, benarkah Allah itu wujud?” soal Dahri memulai dialog itu.
“Sesungguhnya, Allah itu wujud,” tegas pemuda itu.
“Sekiranya benar, kapan dia dilahirkan?” soal Dahri sambil tersenyum, pertanyaan itu yang membuatkan banyak ulama tak bias menjawab.
“Allah tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan. Dia yang pertama, dan Dia juga yang terakhir, tidak ada sesuatu sebelumnya mahupun selepasnya,” jawab pemuda itu.
Mustahil tiada yang mendahului, dan kemudian darinya. Buktikan dengan contoh kepadaku,” balas Dahri.
Imam muda itu menunjukkan lima jari tapak tangannya” lalu berkata “Coba kau lihat ibu jari ini, adakah jari sebelumnya?
Cuba lihat pula jari kelingking ini, adakah jari selepasnya? Tuhan bias menciptakan jari seperti itu, apalagi diriNya.”
kala begitu, pada tahun berapakah tuhan lahir?” sahut Dahri lagi.
“Sama seperti yang ku rungkaikan tadi. Sebelum adanya waktu dan tahun diciptakan, Allah terlebih dahulu wujud. Kewujudannya tidak terikat oleh waktu dan tahun,” jawab pemuda tersebut.
“Berikan buktinya,” balas Dahri.
“Adakah kamu tahu ilmu menghitung?” tanya Imam muda tersebut.
“Sejak kecil aku sudah mengenal angka,” jawab Dahri
“Apakah angka sebelum satu?”
“Kosong atau tiada..”
“jika tiada angka sebelum angka satu, mengapa kamu heran Allah yang Maha Satu itu tidak ada yang mendahuluinya?”
Dahri terkesima kerana anak muda yang dianggap hingusan itu mudah mematahkan hujahnya. Namun, dia tidak mahu mengaku kalah lalu terus bertanya, “Sekiranya Allah itu wujud kata kamu, dimanakah tuhan itu berada kerana setiap yang wujud pasti ada tempatnya?”
“Maha suci Allah yang tetap wujud tetapi tidak mempunyai tempat!” Jelas pemuda itu.
“Bukankah setiap yang wujud pasti ada tempatnya? Lihat pohon itu tempatnya di atas tanah. Manusia wujud di muka bumi. Ikan itu wujud tempatnya di dalam air. Setiap yang wujud pasti ada tempatnya,” bantah Dahri sambil tersenyum sinis.
Sekiranya Allah itu wujud kata kamu, dimanakah tuhan itu berada kerana setiap yang wujud pasti ada tempatnya?”dahri mengulangi pertanyannya.
“Maha suci Allah yang tetap wujud tetapi tidak mempunyai tempat!” Jelas pemuda itu.
“Jawapannya mudah saja. Lihat saja pada diri kamu, bukankah kamu mempunyai nyawa?” kata pemuda itu.
“Dalam tubuhku ini memang ada nyawa, malah setiap makhluk ada nyawa!” sahut Dahri.
“Adakah kamu tahu dimana letaknya nyawa? Di kepala,di perut kah ataupun di hujung tapak kakimu?” balas beliau.
Dahri tersentak mendengarnya. Dahri tidak menyangka imam muda itu begitu pintar sehingga pertanyaan yang tidak terjawab oleh ulama sebelumnya mudah saja baginya untuk patahkan. Orang banyak mula berbisik-bisik sesama mereka.
“Dahri, jika kamu masih belum jelas, silahkan berikan saya segelas susu,” kata pemuda itu.
setelah diberi segelas susu, lalu pemuda itu menunjukkannya kepada Dahri dan bertanya “Adakah kamu percaya dalam susu ini mengandungi lemak?”
“Aku percaya..” jawab Dahri.
“Tunjukkan kepada aku dimana lemak itu berada? Di bahagian ataskah, tengah atau bawah sekali?” tanya pemuda itu lagi.
Sekali lagi Dahri tersentak dan terdiam. Melihat keadaan itu, maka berkatalah pemuda itu “mencari lemak susu pun kita tidak tahu atau mengetahui dimana terletaknya roh dalam diri kita pun tidak tau, apalagi dimana letaknya Zat Allah!”
Dahri terpaku, mukanya merah menahan malu. Namun dia berusaha memadamkan amarah dirinya. Setelah keadaan kembali reda, beliau bertanya kembali.
“Hai anak muda, beritahu aku apa yang wujud sebelum Allah dan apa yang muncul selepasnya?” tanya Dahri.
Orang banyak menatap pada pemuda tersebut.
“Jawapannya sama seperti mula-mula tadi. Tidak ada satu pun yang wujud sebelum Allah mahupun selepasnya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang awal dan Dialah yang akhir,” tegas pemuda itu, ringkas dan padat.
“Mustahil tuhan wujud tanpa ada permulaan dan mustahil tidak ada lagi selepasnya. Apa hujahnya?” dalih Dahri.
Dengan tersenyum, pemuda itu menjelaskan “Seperti yang ku katakan tadi, cuba lihat pada jari kamu. Lihat pada ibu jari itu. Jari apakah yang sebelumnya?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.
Beberapa hadirin turut meniru menunjukkan tangannya.
“Pada jari kelingking apa jari sesudahnya?” sambung pemuda itu.
Dahri terdiam. Maka pemuda itu terus berhujah “Sedangkan pada jari kita yang kecil ini pun tidak mampu kita fikir, apalagi Allah yang Maha Agung itu, yang tiada mendahului mahupun selepasnya."
“Firman Allah surah al-Hadid ayat 3 yang bermaksud, “Dialah yang awal, dialah yang akhir, dan yang zahir, dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
“Anak muda, banyak lagi pertanyaan yang ingin kutanyakan, tetapi sebelum itu, aku ingin bertanya, dengan siapa kamu berguru?” Tanya dahri kerana kagum dengan lawannya.
“Guruku Imam Hammad. Dia turut berada di majlis ini sedang mengikuti perdebatan kita. Muirdnya saja tidak mampu kau lawan, apalagi guru saya Imam Hammad,” jawab pemuda tersebut.
Dahri mula berasa gentar dengan lawannya itu. Baru muridnya, belum lagi gurunya. Namun dahri enggan mengalah.
“Beritahu aku keadaan Zat tuhanmu, apakah keras dan padat seperti besi, atau cair seperti air?” tanya Dahri lagi.
“Pernahkah kamu melihat orang sakit yang akan meninggal?” tanya pemuda itu pula.
“Selalu aku melihatnya,” jawab Dahri.
“Sebelum meninggal, pesakit masih bisa berbicara dan menggerakkan tubuhnya. Tetapi saat meninggal dunia, dia diam dan kaku. Mengapa jadi begitu?” Soal pemuda itu.
“Kerana roh telah meninggalkan tubuhnya,” jawab Dahri.
“Pernahkah kamu melihat roh keluar dan nyawanya dicabut?” tanya pemuda itu lagi.
“Tidak,” jawab Dahri.
“Kamu tidak dapat melihat roh itu kerana Roh itu bukan benda padat seperti besi ataupun cair seperti air? Betul?” soal pemuda itu.
“Entahlah, aku tidak pasti,” kata Dahri.
“Sekiranya kita tidak mengetahui bagaimana bentuk roh, bagaimana kita dapat mengetahui Zat Allah.” kata pemuda itu sambil tersenyum.
“Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai wajah dan arah tempat menghadap?” Dahri beralih ke soalan lain.
“Sekiranya kamu menyalakan lampu dalam gelap, ke arah manakah sinar cahayanya menghadap?”
“Sinar cahaya itu pasti akan mengahadap ke seluruh arah dan penjuru.”
“jka demikian lampu buatan manusia, bagaimana Allah pencipta langit dan bumi? Dia nur cahaya langit dan bumi”
“Kamu percaya pada syurga?” Tanya Dahri lagi.
“Saya percaya,” jawab pemuda itu.
“Benarkah dalam syurga itu disediakan berbagai jenis makanan dan minuman? Tetapi penghuninya tidak buang air besar dan kecil. Bukankah itu cuma khayalan?”
“Bukankah kamu pernah berada dalam perut ibu kamu selama 9 bulan?
Selama dalam kandungan ibu itu kamu juga makan dan minum. Tetapi kamu tidak pula buang air besar atau kecil.
Itu baru kandungan ibu, bagaimana di syurga kelak?”
Namun Dahri masih tidak mau berputus asa lagi. Dia memandang ke arah Khalifah Yazid yang tersenyum. Sebelum ini khalifah berwajah masam saat ulamanya tidak dapat berhujah dengan Dahri.
Dahri berfikir seketika, mencari jalan mengalahkan lawannya.
“Ini pertanyaanku yang terakhir. Aku yakin kamu tidak tahu apa jawabannya,” kata Dahri sambil mengeraskan suaranya. Dia berbuat demikian bagi menghilangkan rasa malunya itu.
“Dengan izin tuhan saya pasti menjawabnya,” balas pemuda tersebut.
“Anak muda yang masih hingusan, beritahu aku apa yang dilakukan tuhanmu saat ini,” pertanyaan itu membuatkan pemuda itu tersenyum riang. Dia seperti menduga pertanyaan itu akan dikeluarkan.
“pertanyaan yang terakhir itu sungguh menarik. Ia menentukan siapa yang kalah dan siapa yang menang. Kerana pertanyaan itu penting, maka saya perlu menjawabnya dari tempat tinggi supaya dapat didengari semua orang. Kerana itu, marilah kita bertukar tempat. Kamu turun dari mimbar itu, dan saya naik ke atas supaya suara saya jelas kedengaran,” kata pemuda tersebut.
“Baiklah, dengan senang hatinya aku turuti permintaanmu,” kata Dahri yang berasa yakin memperoleh kemenangan tersebut.
Pemuda itu naik ke atas mimbar tersebut, sambil Dahri turun ke bawah. Dia menghadap ke arah orang banyak, lalu berkata dengan suara yang lantang.
“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah, bahawa apa yang dilakukan Allah sekarang ini ialah menjatuhkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan oleh Allah ke bawah mimbar. Allah juga menaikkan yang hak sebagaimana saya, yang berada di bawah tadi, telah dinaikkan oleh Allah ke atas mimbar masjid ini!”
“Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!” maka bergemalah takbir daripada orang banyak.
Menandakan kemenangan pemuda itu melawan Dahri.
Mereka memuji pecerdasan pemuda tersebut yang menyelamatkan dunia Islam daripada pemikiran Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.
Dahri pun terpaksa mengaku kalah dan pulang dalam kehinaan.
Begitulah kehebatan pemuda yang bernama an-Nukman bin Thabit, atau dikenali sebagai Imam Abu Hanifah yang terkenal dengan ajarannya yaitu Mazhab Hanafi.
Sholawat serta salam semoga selalu tercurah pada Nabi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub
Sumber : Status FB Tegar di atas pemahaman salafus sholeh
Related Posts:
Hikmah Kisah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar: