Sunday, February 8, 2015
Islam Agama Mulia,Tinggi,Rasional dan Tidak Berdendam
PENGHINAAN ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم bukan berlaku pada hari ini sahaja. Bahkan sudah ada pada zaman Baginda sendiri.
Namun apakah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat mengambil tindakan melulu terhadap orang-orang yang menghina dan menindas itu?
Saya bawakan 2 kisah Nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم untuk saya dan anda fikirkan bersama.
•••► Di KOTA MEKAH (1).
Pernah suatu ketika dahulu orang-orang musyrikin Mekah bukan sekadar menghina dan mencaci Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan hinaan yang tidak sanggup didengar bahkan mereka juga pernah memukul Baginda dari segenap penjuru badan Baginda yang mulia itu
Puteri Baginda; Sayyidatina Fatimah رضي الله عنها melihat peristiwa itu tanpa mampu berbuat apa-apa. Beliau tidak mampu menolong Ayahandanya.
* Bayangkan hal ini wahai sahabatku, bayangkanlah
Lantas Sayyidatina Fatimah mengadu hal ini kepada Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه. S.Abu Bakr terus berlari ke Kaabah; tempat Baginda صلى الله عليه وسلم sedang dipukul. Beliau meluru masuk ke dalam kumpulan yang sedang memukul itu dan mengeluarkan Baginda dari sana.
S.Abu Bakar menangis, wahai sahabat, Beliau berkata: "Adakah kalian mahu membunuh seorang yang hanya menyebut Tuhannya adalah Allah? Hanya kerana ini kalian mahu membunuhnya?".
Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tetap bersabar.
------------------------------------------
•••► Di KOTA MEKAH (2).
Islam berjaya menguasai Mekah akhirnya. Peristiwa ini dinamakan Pembukaan Mekah.
Pasukan yang hebat diketuai oleh Baginda صلى الله عليه وسلم, diiringi oleh para sahabat dengan berpakaian lengkap perang masuk ke Mekah. Mereka begitu gagah sekali. Kehadiran mereka dengan laungan takbir الله أكبر membuatkan hati musuh takut dan kecut.
Namun apakah Rasulullah صلى الله عليه وسلم memerintahkan para sahabatnya membakar rumah-rumah orang Mekah dan membunuh mereka di atas sikap jahat mereka suatu ketika dahulu di atas peribadi Baginda صلى الله عليه وسلم dan para sahabat?
Allahu Allah, ia tidak berlaku demikian bahkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abu Sufyan, maka dia akan selamat. Sesiapa yang masuk ke dalam masjid, dia juga akan selamat. Sesiapa yang masuk ke dalam rumahnya dan mengunci pintunya, dia akan selamat."
-------------------------------------
Sahabat, anda boleh faham 2 kisah yang saya bawakan? Jelas 2 keadaan di atas? Tindakan Baginda صلى الله عليه وسلم penuh hikmah, rasional dan mampu membuatkan musuh gentar serta menunjukkan Islam agama yang sentiasa di tempat mulia lagi tinggi. Islam agama yang rasional dan tidak diselubungi dendam.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
--------------------------------------------
Terjemahan mafhum foto:
"Sesiapa yang menyerang dan menghujum SEMUA orang-orang Masihi (Kristian) dengan melemparkan kata-kata yang kesat bagi tujuan membantah filem penghinaan itu, maka sesungguhnya perbuatan tersebut (memaki semua orang Masihi walaupun mereka tidak terlibat dengan pembikinan filem itu) adalah bertitik tolak daripada diri individu yang SAMA SAHAJA dengan diri individu yang membikin filem penghinaan itu."
~ Kalam Murabbi; Habib Ali Al-Jufri حفظه الله.
Related Posts:
Hikmah Nasehat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar: