Ad 468 X 60

.

Saturday, August 8, 2015

Widgets

Inilah Tempat Rasulallah ﷺ Menjadi Imam Para Anbiya Ketika Peristiwa Isra'

Dikatakan gambar di samping adalah Gambar tempat dimana Rasulallah ﷺ menjadi Imam kepada seluruh Para Anbiya ketika peristiwa Isra'. .
Dan Gambar di bawahnya adalah Gambar tempat dimana Rasulullah mengikat Buraq, tunggangan Baginda ﷺ ketika peristiwa Isra'. .
Nabi Muhammad ﷺ bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Israk sebelum baginda dimikrajkan. . .
Firman Allah:
Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang Kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu.” (Az Zukhruf: 45)

Di dalam Tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:
. “Masalah bertanya kepada anbiya di malam mikraj, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa para anbiya bersembahyang dengan berimamkan Rasulullah ﷺ dalam tujuh saf. Tiga saf terdiri dari rasul-rasul. .

Manakala empat saf lagi untuk nabi-nabi. Pertemuan Nabi ﷺ ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi ﷺ telah bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu.” . .
Ini dalil, tak mustahil melihat Rasulullah dalam keadaan Terjaga/ Yaqazah. Walaupun kita tak pernah mengalami, atau akal kita tidak boleh menerima. Jangan lah kita mengingkarinya. Sebab ramai para Wali, ulama', yang pernah melaluinya. Wallahu'alam

Sumber : Warisan Nabawi

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati

0 komentar: