Ad 468 X 60

.

Thursday, December 26, 2013

Widgets

Rosulullah Lebih Kenal Kita dari pada Ayah Ibu Kita

Diceritakan dalam Kitab Mukasyafah Qulb karangan Hujatul Islam, Imam al Ghazali rahimahullah pada bab menyatakan mahabbah kepada Baginda salallahu alaihi wasallam. Bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat ke atas Baginda. Pada satu malam, dia melihat Nabi salallahu alaihi wasallam dan Baginda tidak menolehnya.

Kemudian lelaki itu bertanya, "Ya Rasulullah, apakah engkau marah padaku?"
Rasulullah menjawab, "Tidak."
Dia bertanya lagi "Mengapa engkau tidak menoleh kepadaku?"
Kata Rasulullah "kerana aku tidak kenal kamu."
Lalu dia berkata "Bagaimana engkau tidak mengenaliku. Aku adalah lelaki umatmu. Padahal para ulama telah menyatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu daripada ayah ibunya."
Rasulullah berkata, " Mereka benar. Aku tidak mengenali kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."


Kemudian lelaki itu terbangun. Lalu dia mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali setiap hari. Setelah berbuat demikian, maka beberapa hari kemudian dia bermimpi melihat Rasulullah seraya Baginda berkata, " Sekarang aku telah kenal engkau dan aku syafaati engkau."

- tanya kepada diri sendiri, adakah bacaan selawat itu menjadi rutin harian atau tidak. Jika jawapannya tidak, kita patut risau dengan keadaan diri kita pada hari kelak. Sollu alan nabi!

Sumber : Status FB PONDOK HABIB 

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati

0 komentar: