Ad 468 X 60

.

Sunday, March 30, 2014

Widgets

Hormati Penuntut Ilmu

''Membebankan dan menyusahkan penuntut ilmu jua bermakna menyusahkan ilmu itu.''
Sebuah kisah dari Abuya (ayah) Sayyid Muhammad Alwi al Maliki dalam biografinyamenceritakan,pernah pada bulan Ramadhan,ada seseorang ingin menyediakan untuk beliau dan yang bersama beliau makanan buka puasa. Orang tersebut terus mendesak beliau,akhirnya beliau menyetujuinya agar berbuka puasa di Miqat Ji'ranah.

Setelah tiba di Ji'ranah ,orang tersebut meminta kepada beberapa murid As Sayyid Muhammad untuk membantu menurunkan makanan dari keretanya.Rupanya ada salah satu dari mereka agak keberatan sehingga diherdik oleh orang itu. As Sayyid Muhammad mendengar herdikannya.Maka tampaklah kemarahan di raut wajah beliau seraya berkata; ''Bagaimana anda berbuat seperti ini kepada anak-anak kami,padahal mereka adalah penuntut ilmu dan Nabi Muhammad saw telah berwasiat dan memerintahkan kita untuk menghormati mereka.''

''Sungguh Rasulullah saw telah bersabda; Akan datang kepada kalian sekelompok orang untuk menuntut ilmu,maka jika kalian melihat mereka ,katakanlah : Selamat datang wahai wasiat Rasulullah saw. Lalu ajarilah mereka itu.''

''Wahai Fulan,jangan sekali-kali anda mengira mereka ini perlu kepada makananmu,ketahuilah bahawa mereka dari keluarga yang terhormat dan mampu di Indonesia.Adapun tujuan mereka ke Al Haramain (Makkah dan Madinah) tidak lain adalah untuk menuntut ilmu.''

Setelah itu,beliau memerintahkan murid-muridnya untuk menaiki kereta dan pulang.Setelah kejadian ini,orang tersebut merasa malu dan setelah beberapa hari,dia menemui As Sayyid Muhammad dan meminta maaf atas kesalahannya.

:: Sumber dari Kitab 'Mutiara Ahlu Bait Dari Tanah HAram

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati

0 komentar: