Monday, April 6, 2015
Sifat Pribadi Rasulullah ﷺ
Al Imam Sayyid Ja'far al Barzanji menceritakan sifat peribadi Rasulullah ﷺ didalam kitabnya,
"Beliau adalah manusia yang paling sempurna rupa wajahnya dan sifat peribadinya, tubuhnya dan segala sifat-sifatnya begitu mulia. Ukuran badanya sedang, putih kemera-merahan warna kulitnya, lebar matanya dan matanya bercelak, tebal bibirnya, kedua alisnya tipis dan panjang. Gigi serinya renggang, mulutnya lebar dan indah. Dahinya lebar dan berdahi bulan muda. Datar pipinya, hidungnya tampak sedikit tinggi dan mancung. Dadanya bidang, telapak tangannya lebar, tulang persendiannya besar, daging tumitnya sedikit, jenggotnya tebal, rambutnya sampai ke daun telinga.
Di antara bahunya terdapat cap kenabian yang telah dipenuhi oleh cahaya. Peluhnya jernih umpama mutiara, dan baunya lebih semerbak daripada harumnya kasturi. Cara jalan beliau tenang, seolah-olah beliau turun dari tempat yang tinggi. Bila beliau menjabat tangan orang dengan tangannya yang mulia, beruntung orang yang berjabat tangan dengan beliau itu kerana akan mendapati bau semerbak darinya sepanjang hari. Bila beliau meletakkan tangannya di atas kepala anak-anak, diketahuilah sentuhannya pada anak itu di tengah anak-anak lainnya (Bila anak yang telah disentuh kepalanya itu kembali bermain dengan kawan-kawannya, dapat diketahui mana anak yang baru diusap kepalanya kerana kesan harumnya Rasulullah).
Wajah beliau yang mulia gemilang seperti gemilangnya bulan di malam purnama. Orang yang menyifatinya berkata, “Aku tidak melihat sebelum dan sesudahnya orang yang seperti dia. Dan tidak ada pula manusia yang dilihat sepertinya.” .
.
اللهــــــــــــــم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Sumber : Pencinta Rasulullah(saw)
Related Posts:
sejarah tarikh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar: