Ad 468 X 60

.

Saturday, January 2, 2016

Widgets

KEISTIMEWAAN DAN FADHILAH 4 AYAT AKHIR SURAH AL HASYR :


لَوْ أَنْزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ * ٢١
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ * ٢٢
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ * ٢٣
هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ٠٢٤


Apabila diamalkan membaca 4 ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Shalat Subuh dan Shalat Ashar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan :
  1. Mendapat rahmat Allahسبحانه وتعالى.
  2. Allah سبحانه وتعالى menyeru para malaikat agar sentiasa bershalawat kepadanya.
  3. Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.
  4. Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.

Dalil mengenaikeistimewaan 4 ayat akhir Surah Al-Hasyr :

1) Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabiﷺtelah bersabda :“Sesiapa membaca ketika bangkit subuh“A’uuzubillahis-Sami’il-‘alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.”Kemudian membaca 4 ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah سبحانه وتعالى mewakilkan 70 malaikat bershalawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.”

2) Rasulullahﷺbersabda:“Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam maupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.”(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

3) Rasulullahﷺbersabda:“Sesiapa yang membaca 4 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah سبحانه وتعالى mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang bershalawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.”(Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)

Semoga kita termasuk di dalam fadhilah hadits ini,Rasulullah saw bersabda :

مَنْ دَلَّ عَلىَ خَيْرٍفَلَهُ مِثْلُ أَجْرِفَاعِلِهِ
Artinya :Barangsiapa yg menunjukkan kepada sebuah kebaikan maka baginya seperti pahala pelakunya.
(HR.Muslim).

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati

0 komentar: